Tuesday, 14 May 2013
Sunday, 12 May 2013
Faktor-Faktor Yang Menghalang Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Faktor-faktor
Yang Menghalang Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
Pengenalan
Dalam
dekad 80-an, senario pendidikan di rantau Asia-Pasifik mula menampakkan
gelombang perubahan yang menarik kerana banyak negara di rantau ini telah
mengambil keputusan untuk mengkaji semula sistem pendidikan masing-masing dan
melancarkan reformasi pendidikan. Selaras dengan Wawasan 2020 yang bermatlamat
ke arah sebuah negara maju, para pendidik di Malaysia harus mengorak langkah
untuk memasuki era baru ini bagi memastikan generasi pelajar akan datang
mencapai tahap yang setara dengan negara-negara maju lain.
Terdapat pelbagai idea pemikiran dan usaha yang
dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.Salah satu usaha
yang telah dan sedang dilakukan ialah program meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran melalui teknologi pendidikan. Sumbangan teknologi pendidikan yang
merangkumi penggunaan media elektronik bagi membantu kegiatan dan keperluan
pendidikan telah pun diketahui dan diperakui oleh negara-negara maju . Namun
bahan bantu mengajar bukan elektronik masih memainkan peranannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam dunia teknologi ini. Ia adalah lebih
berhubung kait dengan kadah mengajar sesuatu matapelajaran dan kemahiran
pelajar.
Pernyataan Masalah
Pendidikan
di Malaysia telah mengalami perubahan. Pendekatan pedagogi guru juga diharap
akan berubah. Pengajaran-pembelajaran perlu berubah selaras dengan kehendak
falsafah pendidikan negara. Perubahan kandungan sukatan matapelajaran sahaja
tanpa sebarang perubahan terhadap cara pengajaran-pembelajaran matapelajaran
itu tidak akan dapat mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan.
Berlandaskan kepada pembaharuan di dalam kurikulum
ini, maka sewajarnyalah para pendidik memikirkan cara yang lebih berkesan bagi
meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran selain daripada apa yang telah dan
sedang dipraktikkan sekarang ini. Selaras dengan tuntutan keadaan ini, maka
teknologi pendidikan telah diperkembangkan sehingga alat media tidak terbatas
penggunaannya. Sejak tahun 1970-an lagi Kementerian Pendidikan, dengan penuh
kesedarannya telah menggalakkan para pendidik memperluaskan penggunaan
bahan-bahan bantu mengajar dimana ia menerapkan konsep pandang-dengar dan
menarik minat serta perhatian pelajar terhadap subjek tersebut.
Penggunaan teknologi pendidikan diharap berupaya
merealisasikan harapan yang dinyatakan disamping menjadikan proses
pengajaran-pembelajaran lebih berkesan dan berjaya. Hasrat ini adalah selaras
dengan falsafah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
(1987) yang menekankan bahawa penggunaan pelbagai jenis media elektronik secara
terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah-sekolah.
Penggunaan pelbagai jenis media elektronik juga memberi peluang kepada setiap
murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan
berkesan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang bertujuan untuk
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Mariani Md. Nor
& Siti Hawa Abdullah 2009).
Di Malaysia, ramai murid sekolah sudah agak biasa
dengan alat-alat elektronik seperti radio, perakam kaset, televisyen, perakam
video dan mesin kira. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak Kementerian
Pendidikan telah membelanjakan sejumlah peruntukan untuk memberi kursus kepada
guru-guru dalam bidang media pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan).
Walau bagaimanapun, di sebalik pertambahan alat dan
bahan media, Jemaah Nazir dan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan
telah melaporkan bahawa penggunaan sebenar alat dan bahan media elektronik
dalam bilik darjah adalah kurang dan tidak memadai. Dari kajian-kajian yang
telah dijalankan ke atas penggunaannya di sekolah atau di institusi pengajian
tinggi di dapati masih lagi rendah dan tidak memuaskan.
Faktor-faktor yang menghalang penggunaan bahan bantu mengajar bukan elektronik
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menghalang
guru-guru dari menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) bukan media elektronik
dalam pengajaran. Walau bagaimanapun bagi tujuan kajian ini, penyelidik hanya
akan menumpukan kepada lima faktor yang telah dikenalpasti sebagai
faktor-faktor penghalang penggunaan BBM bukan elektronik dalam kalangan pelajar
Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih. Faktor-faktor ini ialah kapasiti pelajar
yang besar, kekangan masa, pelajar tidak
tertarik dengan ABM yang tidak bersuara, kekurangan kemahiran kreativiti
dan pengkaedahan ABM yang tidak bersesuaian dengan subjek.
Objektif Kajian
Beberapa
objektif kajian sudah dirangka bertujuan untuk melihat membantu dan menjadikan
garis panduan dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan
penyelidikan ini. Antara objektif kajian tersebut ialah:
i.
Memahami tingkah laku
penerimaan pelajar berkenaan bahan bantu mengajar yang
disediakan oleh guru-guru subjek.
disediakan oleh guru-guru subjek.
ii. Menganalisis pemahaman
guru-guru subjek tentang bahan bantu mengajar yang disediakan
mereka.
mereka.
iii. Mengetahui sejauh mana
penguasaan kemahiran pelajar dan guru-guru subjek berkenaan
alat bantu mengajar yang ada disediakan di sekolah.
alat bantu mengajar yang ada disediakan di sekolah.
Antara
persoalan kajian yang dapat dirangka untuk menyelesaikan masalah ini ialah:
i. Apakah persepsi
guru-guru subjek berkenaan penerimaan alat bantu mengajar disekolah
mereka?
mereka?
ii. Bagaimanakah guru-guru
subjek tersebut menguasai dan mempraktiskan kepada anak
murid mereka berkenaan alat bantu mengajar yang mereka kuasai.
murid mereka berkenaan alat bantu mengajar yang mereka kuasai.
iii. Apakah murid-murid di
sekolah tersebut menerima baik pendekatan alat bantu mengajar
yang disampaikan oleh guru-guru mereka.
yang disampaikan oleh guru-guru mereka.
Batasan Kajian
Sebenarnya
terdapat banyak faktor yang merupakan penghalang kepada penggunaan bahan bantu
mengajar bukan elektronik dalam pengajaran.. Walau bagaimanapun, kajian ini akan
hanya menumpukan kepada lima faktor yang telah dikenalpasti oleh penyelidik
dengan dibantu oleh sebuah panel kepakaran yang mahir . Panel kepakaran ini
terdiri daripada pensyarah-pensyarah subjek GGGE2123,Teknologi Dan Inovasi
dalam Pendidikan.Kajian ini juga dijalankan hanya ke atas beberapa orang guru
Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih sahaja memandangkan mereka merupakan guru
terlatih yang telah dibekalkan kerajaan kepada masyarakat.
Metedologi Kajian
Dapatan Kajian
Kelima-lima
faktor kekangan penggunaan media elektronik yang dikaji diinterpretasikan
berdasarkan nilai min seperti berikut:
Nilai Min
|
Interpretasi tahap
|
1.00 hingga 2.99
|
Bukan faktor kekangan
|
3.00
|
Berkecuali
|
3.01 hingga 5.00
|
Faktor kekangan
|
Min
dan sisihan piawai bagi kelima-lima faktor kekangan penggunaan bahan bantu
mengajar bukan elektronik disenaraikan seperti berikut:
Faktor Kekangan
|
Min Keseluruhan
|
Sisihan Piawai
|
Kekangan Masa
|
3.40
|
0.7828
|
Kapasiti Pelajar Yang Besar
|
3.52
|
1.0891
|
Pelajar Tidak Tertarik Dengan ABM Yang Tidak Bersuara,
|
3.38
|
0.8901
|
Kekurangan Kreativiti
|
3.33
|
0.7063
|
Pengkaedahan ABM Yang Tidak
Bersesuaian Dengan Subjek.
|
3.33
|
0.8428
|
Cadangan
Dapatan
Kajian menunjukkan bahawa kelima-lima faktor yang dikaji merupakan faktor yang
mengekang penggunaan bahan bantu mengajar bukan elektronik dalam kalangan
guru-guru praktikal mahupun guru-guru ikhtisas Sekolah Kebangsaan Rinching,
Semenyih.. Dapatan ini diharap akan dapat memberi maklumat kepada pihak-pihak
tertentu khususnya Bahagian Pendidikan Kurikulum Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya dapatan ini diharap akan dapat digunakan
sebagai garis panduan kepada pihak UKM untuk mengatur strategi bagi memperbaiki
keadaan dan seterusnya menggalakkan guru-guru pelatih dan pelajar luar yang
menjadikan kursus pendidikan sebagai pilihan bebas dengan menggunakan media
elektronik. Cadangan-cadangan berikut boleh diambilkira untuk dijadikan sebagai
panduan bagi mengatasi masalah tersebut:
1. Memperbanyakkan
kursus-kursus yang berkaitan dengan penyediaan model bahan bantu
mengajar bukan elektronik di kalangan guru-guru pelatih dan juga pensyarah.
mengajar bukan elektronik di kalangan guru-guru pelatih dan juga pensyarah.
2. Memberikan
latihan kreatif yang secukupnya kepada pelatih mengenai cara-cara
mengendalikan model bahan bantu mengajar daripada bahan kitar semula sebagai model
P&P.
mengendalikan model bahan bantu mengajar daripada bahan kitar semula sebagai model
P&P.
3. Kandungan
Sukatan Pelajaran yang berkaitan dengan Teknologi Pendidikan hendaklah
menekankan kepada penggunaan media elektonik secara amali dan bukan elektronik secara
teori.
menekankan kepada penggunaan media elektonik secara amali dan bukan elektronik secara
teori.
4. Penggunaan
salah satu model bahan bantu mengajar
bukan elektronik hendaklah dimasukkan
dalam salah satu aspek yang akan dinilai semasa pelatih menjalani praktikum.
dalam salah satu aspek yang akan dinilai semasa pelatih menjalani praktikum.
5. Memberi
peluang kepada pelatih membuat lawatan ke sekolah-sekolah terpilih yang
menggunakan janakuasa “generator” kebanyakan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak
bagi melihat kekangan penggunaa media elektronik dalam pengajaran secara lebih dekat. Dari
sini boleh dapat gambaran yang lebih jelas mengenai bahan bantu mengajar bukan elektronik
yang masih memainkan perananya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
menggunakan janakuasa “generator” kebanyakan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak
bagi melihat kekangan penggunaa media elektronik dalam pengajaran secara lebih dekat. Dari
sini boleh dapat gambaran yang lebih jelas mengenai bahan bantu mengajar bukan elektronik
yang masih memainkan perananya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Sistem
pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar
yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke
semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya taraf pendidikan dapat
ditingkatkan . Banyak wang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan
belia (pelajar) di Negara ini tidak tercicir daripada pembangunan teknologi
maya yang semakin terangsang kini.Guru-guru sedia ada dan pelatih yang bakal
menggalas tugas membangunkan institusi pendidikan negara seharusnya peka dan
mengambil sikap ingin tahu tranformasi-tranformasi pantas gajet masa kini bagi
memastikan generasi kehadapan akan terus maju dan prograsif. Namun tidak boleh
mengetepikan model bahan bantu mengajar bukan elektronik (klasik dan tradisi)
bagi segelintir kumpulan pelajar mengikut taraf dan minat terhadap sesuatu
matapelajaran/ kursus. Ini merupakan satu pendekatan kaedah pengajaran yang
lebih efektif dan seimbang.
Rujukan
Md Yusof
Ayob. 1993. Penggunaan teknologi
pendidikan oleh kakitangan sumber dalam pengajaran.
Tesis Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Fatimah Ahmad & AB. Halim Tamuri.
2010. Persepsi guru terhadap penggunaan
bahan bantu
mengajar berdasarkan teknologi madia dalam pengajaran j – QAF.
Journal of Islamaic and
Arabic Education. Sarawak.
Chin han wei. 2004. Penggunaan alat bantu mengajar ( ABM ) dalam kalangan guru pelatih
(kajian sosial ) Intitut perguruan Sarawak
Miri semasa pratikum di Sekolah Kebangsaan Pujut.
Sarawak : Miri.
Charlie Anak Ungang. 2008. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam
kemahiran asas membaca
di kelas pemulihan. Serian : Sarawak
Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin. 2007. Pengunaan alat bantu mengajar (ABM) dikalangan
Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bharu. Fakulti
Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.
Dede Nuraida. 2010. Perlunya
Reformasi Pendidikan, Pembelajaran, Dan Teknologi Di Era
Pengetahuan. Jurnal Biologi el-Hayah. Vol 9. Isu 2.
UIN Press.
Kamarul Azmi Jasmi,
Mohd Fareez Ilias, Ab. Halim
Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.
2011. Amalan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang
Pendidikan Islam
Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. t.tp
Mariani Md. Nor & Siti
Hawa Abdullah. 2009. Pendekatan Main
Dalam Menangani Masalah Pembelajaran
Kanak-Kanak. Jurnal Diges Pendidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Ng Ying Shya. 2004. Penggunaan
Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal
Yusfaiza Yusuff & Mohd Isha Awang. 2012. Aplikasi
Pembelajaran Jigsaw 11 dalam Pengajaran
Penulisan Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. pp 62-70. ISSN 2180-4842. Malay
Language Education.
Subscribe to:
Posts (Atom)