Sunday 12 May 2013

My blog to view ;)

http://krishna-navani.blogspot.com

Unique photos to you all to guess what is it??

















Faktor-Faktor Yang Menghalang Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik


Pengenalan

Dalam dekad 80-an, senario pendidikan di rantau Asia-Pasifik mula menampakkan gelombang perubahan yang menarik kerana banyak negara di rantau ini telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula sistem pendidikan masing-masing dan melancarkan reformasi pendidikan. Selaras dengan Wawasan 2020 yang bermatlamat ke arah sebuah negara maju, para pendidik di Malaysia harus mengorak langkah untuk memasuki era baru ini bagi memastikan generasi pelajar akan datang mencapai tahap yang setara dengan negara-negara maju lain.
Terdapat pelbagai idea pemikiran dan usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.Salah satu usaha yang telah dan sedang dilakukan ialah program meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi pendidikan. Sumbangan teknologi pendidikan yang merangkumi penggunaan media elektronik bagi membantu kegiatan dan keperluan pendidikan telah pun diketahui dan diperakui oleh negara-negara maju . Namun bahan bantu mengajar bukan elektronik masih memainkan peranannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam dunia teknologi ini. Ia adalah lebih berhubung kait dengan kadah mengajar sesuatu matapelajaran dan kemahiran pelajar.

Pernyataan Masalah

Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan. Pendekatan pedagogi guru juga diharap akan berubah. Pengajaran-pembelajaran perlu berubah selaras dengan kehendak falsafah pendidikan negara. Perubahan kandungan sukatan matapelajaran sahaja tanpa sebarang perubahan terhadap cara pengajaran-pembelajaran matapelajaran itu tidak akan dapat mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan.
Berlandaskan kepada pembaharuan di dalam kurikulum ini, maka sewajarnyalah para pendidik memikirkan cara yang lebih berkesan bagi meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran selain daripada apa yang telah dan sedang dipraktikkan sekarang ini. Selaras dengan tuntutan keadaan ini, maka teknologi pendidikan telah diperkembangkan sehingga alat media tidak terbatas penggunaannya. Sejak tahun 1970-an lagi Kementerian Pendidikan, dengan penuh kesedarannya telah menggalakkan para pendidik memperluaskan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar dimana ia menerapkan konsep pandang-dengar dan menarik minat serta perhatian pelajar terhadap subjek tersebut.
Penggunaan teknologi pendidikan diharap berupaya merealisasikan harapan yang dinyatakan disamping menjadikan proses pengajaran-pembelajaran lebih berkesan dan berjaya. Hasrat ini adalah selaras dengan falsafah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1987) yang menekankan bahawa penggunaan pelbagai jenis media elektronik secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah-sekolah. Penggunaan pelbagai jenis media elektronik juga memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang bertujuan untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Mariani Md. Nor & Siti Hawa Abdullah 2009).
Di Malaysia, ramai murid sekolah sudah agak biasa dengan alat-alat elektronik seperti radio, perakam kaset, televisyen, perakam video dan mesin kira. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak Kementerian Pendidikan telah membelanjakan sejumlah peruntukan untuk memberi kursus kepada guru-guru dalam bidang media pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan).
Walau bagaimanapun, di sebalik pertambahan alat dan bahan media, Jemaah Nazir dan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan telah melaporkan bahawa penggunaan sebenar alat dan bahan media elektronik dalam bilik darjah adalah kurang dan tidak memadai. Dari kajian-kajian yang telah dijalankan ke atas penggunaannya di sekolah atau di institusi pengajian tinggi di dapati masih lagi rendah dan tidak memuaskan.

Faktor-faktor yang menghalang penggunaan bahan bantu mengajar bukan elektronik

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menghalang guru-guru dari menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) bukan media elektronik dalam pengajaran. Walau bagaimanapun bagi tujuan kajian ini, penyelidik hanya akan menumpukan kepada lima faktor yang telah dikenalpasti sebagai faktor-faktor penghalang penggunaan BBM bukan elektronik dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih. Faktor-faktor ini ialah kapasiti pelajar yang besar, kekangan masa, pelajar tidak  tertarik dengan ABM yang tidak bersuara, kekurangan kemahiran kreativiti dan pengkaedahan ABM yang tidak bersesuaian dengan subjek.

Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian sudah dirangka bertujuan untuk melihat membantu dan menjadikan garis panduan dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan penyelidikan ini. Antara objektif kajian tersebut ialah:
                i.            Memahami tingkah laku penerimaan pelajar berkenaan bahan bantu mengajar yang  
              disediakan oleh guru-guru subjek.
               ii.        Menganalisis pemahaman guru-guru subjek tentang bahan bantu mengajar yang disediakan    
              mereka.
              iii.        Mengetahui sejauh mana penguasaan kemahiran pelajar dan guru-guru subjek berkenaan  
             alat bantu mengajar yang ada disediakan di sekolah.

Persoalan Kajian


Antara persoalan kajian yang dapat dirangka untuk menyelesaikan masalah ini ialah:
                   i.             Apakah persepsi guru-guru subjek berkenaan penerimaan alat bantu mengajar disekolah      
                  mereka?
                  ii.           Bagaimanakah guru-guru subjek tersebut menguasai dan mempraktiskan kepada anak  
                 murid mereka berkenaan alat bantu mengajar yang mereka kuasai.
                iii.          Apakah murid-murid di sekolah tersebut menerima baik pendekatan alat bantu mengajar  
                 yang disampaikan oleh guru-guru mereka.

Batasan Kajian

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang merupakan penghalang kepada penggunaan bahan bantu mengajar bukan elektronik dalam pengajaran.. Walau bagaimanapun, kajian ini akan hanya menumpukan kepada lima faktor yang telah dikenalpasti oleh penyelidik dengan dibantu oleh sebuah panel kepakaran yang mahir . Panel kepakaran ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah subjek GGGE2123,Teknologi Dan Inovasi dalam Pendidikan.Kajian ini juga dijalankan hanya ke atas beberapa orang guru Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih sahaja memandangkan mereka merupakan guru terlatih yang telah dibekalkan kerajaan kepada masyarakat.

Metedologi  Kajian

Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk penyelidikan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan penyelidikan (Zainudin Mohd. Isa, Norani Salleh & Ramlee Mustapha 2009). Reka bentuk kajian ini akan membimbing penyelidik ke arah mendapatkan maklumat dan data berhubung dengan tujuan kajian dijalankan. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan bersampel (sample survey research) iaitu satu kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat berasaskan sampel kajian yang representatif. Selain itu, kajian ini juga telah menggunakan sumber bahan daripada perpustakaan dan atas talian bagi melihat dan memudahkan atur cara kajian dijalankan.

Dapatan Kajian

Kelima-lima faktor kekangan penggunaan media elektronik yang dikaji diinterpretasikan berdasarkan nilai min seperti berikut:
Nilai Min
Interpretasi tahap
1.00 hingga 2.99
Bukan faktor kekangan
3.00
Berkecuali
3.01 hingga 5.00
Faktor kekangan

Min dan sisihan piawai bagi kelima-lima faktor kekangan penggunaan bahan bantu mengajar bukan elektronik disenaraikan seperti berikut:
Faktor Kekangan
Min Keseluruhan
Sisihan Piawai
Kekangan Masa
3.40
0.7828
Kapasiti Pelajar Yang Besar
3.52
1.0891
Pelajar Tidak  Tertarik Dengan ABM Yang Tidak Bersuara,
3.38
0.8901
Kekurangan Kreativiti
3.33
0.7063
Pengkaedahan ABM Yang Tidak Bersesuaian Dengan Subjek.
3.33
0.8428

Cadangan

Dapatan Kajian menunjukkan bahawa kelima-lima faktor yang dikaji merupakan faktor yang mengekang penggunaan bahan bantu mengajar bukan elektronik dalam kalangan guru-guru praktikal mahupun guru-guru ikhtisas Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih.. Dapatan ini diharap akan dapat memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu khususnya Bahagian Pendidikan  Kurikulum Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya dapatan ini diharap akan dapat digunakan sebagai garis panduan kepada pihak UKM untuk mengatur strategi bagi memperbaiki keadaan dan seterusnya menggalakkan guru-guru pelatih dan pelajar luar yang menjadikan kursus pendidikan sebagai pilihan bebas dengan menggunakan media elektronik. Cadangan-cadangan berikut boleh diambilkira untuk dijadikan sebagai panduan bagi mengatasi masalah tersebut:
    1.      Memperbanyakkan kursus-kursus yang berkaitan dengan penyediaan model bahan bantu 
          mengajar  bukan elektronik di kalangan guru-guru pelatih dan juga pensyarah.
    2.        Memberikan latihan kreatif yang secukupnya kepada pelatih mengenai cara-cara 
          mengendalikan model bahan bantu mengajar  daripada bahan kitar semula sebagai model 
          P&P.
    3.      Kandungan Sukatan Pelajaran yang berkaitan dengan Teknologi Pendidikan hendaklah      
           menekankan kepada penggunaan media elektonik secara amali dan bukan elektronik secara 
           teori.
    4.     Penggunaan salah satu model  bahan bantu mengajar bukan elektronik hendaklah dimasukkan    
        dalam salah satu aspek yang akan dinilai semasa pelatih menjalani praktikum.
    5.   Memberi peluang kepada pelatih membuat lawatan ke sekolah-sekolah terpilih yang  
         menggunakan janakuasa “generator”  kebanyakan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak  
        bagi melihat kekangan penggunaa media elektronik dalam pengajaran secara lebih dekat. Dari 
        sini boleh dapat gambaran yang lebih jelas mengenai bahan bantu mengajar  bukan elektronik 
        yang masih memainkan perananya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulan

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya taraf pendidikan dapat ditingkatkan . Banyak wang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan belia (pelajar) di Negara ini tidak tercicir daripada pembangunan teknologi maya yang semakin terangsang kini.Guru-guru sedia ada dan pelatih yang bakal menggalas tugas membangunkan institusi pendidikan negara seharusnya peka dan mengambil sikap ingin tahu tranformasi-tranformasi pantas gajet masa kini bagi memastikan generasi kehadapan akan terus maju dan prograsif. Namun tidak boleh mengetepikan model bahan bantu mengajar bukan elektronik (klasik dan tradisi) bagi segelintir kumpulan pelajar mengikut taraf dan minat terhadap sesuatu matapelajaran/ kursus. Ini merupakan satu pendekatan kaedah pengajaran yang lebih efektif dan seimbang.

Rujukan

Md Yusof Ayob. 1993. Penggunaan teknologi pendidikan oleh kakitangan sumber dalam pengajaran. Tesis Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Fatimah Ahmad & AB. Halim Tamuri. 2010. Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu 
mengajar berdasarkan teknologi madia dalam pengajaran j – QAF. Journal of Islamaic and 
Arabic Education. Sarawak.

Chin han wei. 2004. Penggunaan alat bantu mengajar ( ABM ) dalam kalangan guru pelatih 
(kajian sosial ) Intitut perguruan Sarawak Miri semasa pratikum di Sekolah Kebangsaan Pujut. 
Sarawak : Miri.

Charlie Anak Ungang. 2008. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran asas membaca
di kelas pemulihan. Serian : Sarawak

Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin. 2007. Pengunaan alat bantu mengajar (ABM) dikalangan


Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bharu. Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.


Dede Nuraida. 2010. Perlunya Reformasi Pendidikan, Pembelajaran, Dan Teknologi Di Era 
Pengetahuan.  Jurnal Biologi el-Hayah. Vol 9. Isu 2. UIN Press.
                                                                                                                                                      
Kamarul Azmi Jasmi,  Mohd  Fareez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. 
2011. Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang 
Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. t.tp

Mariani Md. Nor & Siti Hawa Abdullah. 2009. Pendekatan Main Dalam Menangani Masalah      Pembelajaran Kanak-Kanak. Jurnal Diges Pendidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
         
Ng Ying Shya. 2004. Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal

Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Tesis Sarjana  Muda
. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Yusfaiza Yusuff & Mohd Isha Awang. 2012. Aplikasi Pembelajaran Jigsaw 11 dalam Pengajaran 
Penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. pp 62-70. ISSN 2180-4842. Malay 
Language Education.


Lampiran 





Sunday 28 April 2013

Video 1 : Elephant can draw

Video 2: Elephant Playing Football

Video 3 : Funny Babies Video

Video 4: Cat Vs Dog

Video 5: Funny Video Bad Gun Shot


Funniest Video Clip To Watch Out


Video 6: He can swim with >>>>>


Video 7 : Funny panda so energetic




Video  8 : Cute panda on toy horse riding...enjoy watch it


Video 9 : Dog helps for house cleaning....TQ Puppy

Video 10: Good luck to you  to get dog's driving licence..hehehehehe



Wednesday 24 April 2013

10 Peralatan Teknologi Dan Inovasi


 KOMPUTER  BERTEKNOLOGI  TINGGI

Dunia kini memerlukan begitu banyak perubahan, begitu juga dalam bidang teknologi. Semakin hari semakin bertambah gadjet-gadjet yang dicipta untuk menyaingi gadjet sedia ada. Termasuklah gadjet “komputer berteknologi tinggi” ini. Ia boleh disambungkan dengan server ISQ dan ia menonjolkan imej hanya di atas permukaan satah. Konsep ini menggabungkan beberapa unsur perubahan dan antara muka yang menjadikan ia sangat inovatif. Berbentuk silinder yang boleh dikemaskan menjadi lebih kecil apabila tidak digunakan, ia ternyata boleh menjimatkan ruang anda. Anda hanya memerlukan sedikit ruang, tetapi permukaannya haruslah rata supaya ia boleh berfungsi sepenuhnya. Simulasi papan kekunci adalah dari paparan skrin, semuanya hanya menunggu maklum balas serta input daripada pengguna untuk dioperasikan.


BATERI BERTEKNOLOGI- HANYA MENGGUNAKAN JARI

Ini bukanlah atas dasar konsep teknologi hijau, ataupun dinyatakan sebagai alat yang mesra alam. Ia dicipta untuk membantu semua orang yang berkemungkinan berada dalam keadaan yang terdesak secara tiba-tiba. Tidak mustahil ia berlaku, apabila dalam keadaan genting telefon bimbit anda mati secara tiba-tiba kerana kehabisan bateri. Cara-caranya mudah sahaja, cabut bateri telefon bimbit anda dan putarkan ia menggunakan jari telunjuk ada seperti di dalam gambar sehingga anda rasa ia mencukupi untuk anda membuat panggilan ataupun apa-apa sahaja sehingga anda sampai ke rumah dan boleh mengecas bateri tersebut seperti biasa.





CAWAN BERTEKNOLOGI (I-CUP)

I-cup merupakan satu konsep inovasi yang direka khas untuk jenama Apple. Ia membolehkan pengguna memanaskan apa-apa jenis minuman hanya dengan menyambungkan wayar tersebut kepada computer riba pengguna, mana-mana bahagian USB mahupun semua jenis peranti yang ada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Matlamat utama penghasilan teknologi ini adalah untuk membolehkan pengguna bergerak ke mana-mana secara bebas sama ada ke pejabat, kelas, perpustakaan mahupun taman secara lebih terurus. Logo Apple tersebut sebenarnya merupakan penunjuk haba yang boleh bertukar warna apabila suhu air dalam cawan berubah. Warna biru menunjukkan sejuk, oren menunjukkan suam dan merah pula menunjukkan panas. Hal ini dalam masa yang sama dapat meningkatkan estetika. Ditambah lagi dingan pemegang yang boleh dicabut dan dipasang bila-bila masa sahaja serta tapak yang boleh dicabut untuk memastikan cawan mudah dibasuh.




KONSEP SEGAR- UNTUK BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Konsep inovatif untuk tumbuh-tumbuhan segar ini dicipta untuk memastikan setiap satu bahan ini sentiasa segar serta bebas daripada bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Alat ini akan terus dipasang kepada buah-buahan dan sayur-sayuran sejurus selepas dipetik untuk mengekalkan nutrien di dalamnya.  Alat ini dicipta daripada plastik daripada kanji jagung serta terdiri daripada tiga bahagian iaitu badan, kepala atas botol serta bahagian mengandungi cecair yang berkhasiat. Ia hanya perlu dilekatkan dengan kemas serta dikunci kepada tangkai mahupun batang dan biarkan ia tegak ke atas. Menariknya, ia tidak hanya terikat kepada buah-buahan kerana ia juga boleh digunakan untuk menyimpan bunga-bunga segar untuk tempoh yang lama mengikut kehendak pengguna.



KONSEP TELEFON PINTAR: PHILIPS FLUID (KEKEMASAN & GAYA)

Peralatan gadjet masa kini semakin kecil dan sesetengahnya mampu dijadikan perhiasan seperti peralatan kemas selain memainkan peranan dan fungsinya yang tersendiri.  Disebabkan itu, alat ini telah dicipta untuk memenuhi kehendak dan keperluan para pengguna yang mementingkan gaya dan kepuasan. Ia diilhamkan oleh Dinard da Matta iaitu seorang pereka dari Brazil. “Fluid” adalah nama yang dicadangkan untuk produk ini yang berkonsepkan telefon pintar yang delengkapkan dengan paparan O-LED yang fleksibel. Ini adalah untuk membolehkan ia boleh digunakan sepenuhnya dengan apa keadaan sekalipun serta memudahkan pengguna. Direka khas untuk Philips, telefon pintar ini boleh dijadikan gelang tangan yang bergaya tanpa menjejaskan fungsi asalnya untuk memudahkan anda berhubung.



POD MAKAN: KURE

Pod makan ini dicipta untuk penjimatan ruang. Ia sangat ringkas, kemas dan bergaya. Boleh ditutup menjadi bentuk sfera ataupun lebih tepat telur apabila tidak digunakan. Dan apabila dibuka sepenuhnya, bentuknya akan kelihatan seperti bunga yang kembang.  Ia dilengkapi dengan lampu tengah yang terang dan utama di bahagian atas serta dihiasi dengan lampu biru yang indah di bawahnya. Merupakan satu konsep teknologi yang ringkas, tetapi hebat.



KONSEP BATERI-BIO

Konsep bateri-bio ini membolehkan telefon bimbit beroperasi iaitu apabila bateri menghasilkan tenaga eletrik melalui gula dari minuman berkabohidrat. Ia adalah tenaga yang dihasilkan oleh gula. Maka,ia bukanlah sesuatu yang pelik jika kita mampu menghasilkan telefon bimbit yang menggunakan punca tenaga seperti ini, iaitu daripada produk air Coca Cola yang boleh didapati setiap hari. Bateri ini juga boleh tahan agak lama iaitu tiga kali lebih lama berbanding menggunakan bateri lithium-ion yang biasa. Ia jimat, mudah dan berkesan.




MENCUCI TANPA AIR: ELECTROLUX

Kini, kita tidak lagi memerlukan air sepenuhnya untuk mencuci pinggan dan mangkuk. Dengan produk berteknologi yang kecil ini, kita mampu mencuci sebersih-bersihnya sehingga ke bahagian yang tidak dapat dicapai oleh air mahupun span pencuci biasa. Pembersihan tanpa air ini menggunakan gelombang mikro magnet untuk mencuci iaitu dengan cara memanaskan molekul-molekul untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang melekat pada pinggan dan mangkuk. Kepalanya yang boleh berputar dengan bulu-bulu halus yang fleksibel membolehkan sisa-sisa ini sahaja yang ditanggalkan. Maka, kerja-kerja pembersihan di rumah kini menjadi semakin mudah. 





SLING SHOT CAMERA

Produk ini merupakan satu kamera tersembunyi yang tidak dijangka. Ia mampu menghasilkan kejutan kepada anda sehinggakan anda tidak dapat menyembunyikan setiap saat dari reaksi raut wajah anda yang comel. Kamera ini berfungsi seperti lastik. Hanya dapatkansasaran, dan lastik dengan cara mudah anda akan dapat gambar-gambar yang menarik dan menyeronokkan. Ia ringkas dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan skrin yang memudahkan anda melihat imej yang dikehendaki serta peranti USB yang membolehkan anda memindahkan gambar kepada komputer anda pada bila-bila masa sahaja. Ini ternyata merupakan produk inovasi yang sangat menarik.



PEMANAS DAN PENYEJUK MAKANAN MUDAH ALIH: ELECTROLUX RIBBON

Ini merupakan satu lagi produk teknologi yang canggih. Ribbon ini digunakan dengan cara membalutnya ke sekeliling bekas makanan anda sama ada untuk dipanaskan mahupun disejukkan tanpa memerlukan ketuhar gelombang mikro mahupun peti sejuk. Alat ini dilengkapi dengan dua permukaan yang berbeza dengan fungsi yang berbeza iaitu pemanasan dan penyejukkan. Alat ini juga mampu mengekalkan bentuknya yang fleksibel dengan cengkaman seperti getah yang membolehkan pengguna menggunakannya untuk membalut apa-apa sahaja jenis bekas makanan mahupun botol minuman. Gadjet dua-muka ini mempunyai beberapa dozen bateri kecil dari kuasa termo-elektrik di kedua-dua bahagiannya untuk proses menyejuk dan memanas. Elemen tembaga yang terdapat di dalamnya dapat memaksimumkan lagi kecekapan tenaga alat ini. Ia boleh dipecahkan kepada empat bahagian serta dicantumkan semula secara sebelah menyebelah membentuk plat segi empat yang mempunyai fungsi yang sama. Ia juga mempunyai magnet untuk mengelakkan balutan kepada periuk mahupun kuali yang lebih besar terlepas darinya. Ia boleh dicaj semula pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan pengecas termo-elektriknya.