KOMPUTER
BERTEKNOLOGI TINGGI
Dunia kini memerlukan begitu banyak
perubahan, begitu juga dalam bidang teknologi. Semakin hari semakin bertambah
gadjet-gadjet yang dicipta untuk menyaingi gadjet sedia ada. Termasuklah gadjet
“komputer berteknologi tinggi” ini. Ia boleh disambungkan dengan server ISQ dan
ia menonjolkan imej hanya di atas permukaan satah. Konsep ini menggabungkan
beberapa unsur perubahan dan antara muka yang menjadikan ia sangat inovatif. Berbentuk
silinder yang boleh dikemaskan menjadi lebih kecil apabila tidak digunakan, ia
ternyata boleh menjimatkan ruang anda. Anda hanya memerlukan sedikit ruang,
tetapi permukaannya haruslah rata supaya ia boleh berfungsi sepenuhnya.
Simulasi papan kekunci adalah dari paparan skrin, semuanya hanya menunggu
maklum balas serta input daripada pengguna untuk dioperasikan.
BATERI BERTEKNOLOGI- HANYA MENGGUNAKAN JARI
Ini bukanlah atas dasar konsep teknologi hijau,
ataupun dinyatakan sebagai alat yang mesra alam. Ia dicipta untuk membantu
semua orang yang berkemungkinan berada dalam keadaan yang terdesak secara
tiba-tiba. Tidak mustahil ia berlaku, apabila dalam keadaan genting telefon
bimbit anda mati secara tiba-tiba kerana kehabisan bateri. Cara-caranya mudah
sahaja, cabut bateri telefon bimbit anda dan putarkan ia menggunakan jari
telunjuk ada seperti di dalam gambar sehingga anda rasa ia mencukupi untuk anda
membuat panggilan ataupun apa-apa sahaja sehingga anda sampai ke rumah dan
boleh mengecas bateri tersebut seperti biasa.
CAWAN
BERTEKNOLOGI (I-CUP)
I-cup
merupakan satu konsep inovasi yang direka khas untuk jenama Apple. Ia
membolehkan pengguna memanaskan apa-apa jenis minuman hanya dengan
menyambungkan wayar tersebut kepada computer riba pengguna, mana-mana bahagian
USB mahupun semua jenis peranti yang ada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Matlamat utama penghasilan teknologi ini adalah untuk membolehkan pengguna bergerak
ke mana-mana secara bebas sama ada ke pejabat, kelas, perpustakaan mahupun
taman secara lebih terurus. Logo Apple tersebut sebenarnya merupakan penunjuk
haba yang boleh bertukar warna apabila suhu air dalam cawan berubah. Warna biru
menunjukkan sejuk, oren menunjukkan suam dan merah pula menunjukkan panas. Hal
ini dalam masa yang sama dapat meningkatkan estetika. Ditambah lagi dingan
pemegang yang boleh dicabut dan dipasang bila-bila masa sahaja serta tapak yang
boleh dicabut untuk memastikan cawan mudah dibasuh.
KONSEP SEGAR- UNTUK BUAH-BUAHAN DAN
SAYUR-SAYURAN
Konsep inovatif untuk
tumbuh-tumbuhan segar ini dicipta untuk memastikan setiap satu bahan ini
sentiasa segar serta bebas daripada bahan kimia yang membahayakan kesihatan.
Alat ini akan terus dipasang kepada buah-buahan dan sayur-sayuran sejurus
selepas dipetik untuk mengekalkan nutrien di dalamnya. Alat ini dicipta daripada plastik daripada
kanji jagung serta terdiri daripada tiga bahagian iaitu badan, kepala atas
botol serta bahagian mengandungi cecair yang berkhasiat. Ia hanya perlu
dilekatkan dengan kemas serta dikunci kepada tangkai mahupun batang dan biarkan
ia tegak ke atas. Menariknya, ia tidak hanya terikat kepada buah-buahan kerana
ia juga boleh digunakan untuk menyimpan bunga-bunga segar untuk tempoh yang
lama mengikut kehendak pengguna.
KONSEP TELEFON PINTAR: PHILIPS FLUID
(KEKEMASAN & GAYA)
Peralatan
gadjet masa kini semakin kecil dan sesetengahnya mampu dijadikan perhiasan
seperti peralatan kemas selain memainkan peranan dan fungsinya yang tersendiri.
Disebabkan itu, alat ini telah dicipta
untuk memenuhi kehendak dan keperluan para pengguna yang mementingkan gaya dan
kepuasan. Ia diilhamkan oleh Dinard da Matta iaitu seorang pereka dari Brazil.
“Fluid” adalah nama yang dicadangkan untuk produk ini yang berkonsepkan telefon
pintar yang delengkapkan dengan paparan O-LED yang fleksibel. Ini adalah untuk
membolehkan ia boleh digunakan sepenuhnya dengan apa keadaan sekalipun serta
memudahkan pengguna. Direka khas untuk Philips, telefon pintar ini boleh
dijadikan gelang tangan yang bergaya tanpa menjejaskan fungsi asalnya untuk
memudahkan anda berhubung.
POD MAKAN: KURE
Pod
makan ini dicipta untuk penjimatan ruang. Ia sangat ringkas, kemas dan bergaya.
Boleh ditutup menjadi bentuk sfera ataupun lebih tepat telur apabila tidak
digunakan. Dan apabila dibuka sepenuhnya, bentuknya akan kelihatan seperti
bunga yang kembang. Ia dilengkapi dengan
lampu tengah yang terang dan utama di bahagian atas serta dihiasi dengan lampu
biru yang indah di bawahnya. Merupakan satu konsep teknologi yang ringkas,
tetapi hebat.
KONSEP BATERI-BIO
Konsep bateri-bio ini membolehkan telefon
bimbit beroperasi iaitu apabila bateri menghasilkan tenaga eletrik melalui gula
dari minuman berkabohidrat. Ia adalah tenaga yang dihasilkan oleh gula. Maka,ia
bukanlah sesuatu yang pelik jika kita mampu menghasilkan telefon bimbit yang
menggunakan punca tenaga seperti ini, iaitu daripada produk air Coca Cola yang
boleh didapati setiap hari. Bateri ini juga boleh tahan agak lama iaitu tiga
kali lebih lama berbanding menggunakan bateri lithium-ion yang biasa. Ia jimat,
mudah dan berkesan.
MENCUCI TANPA AIR: ELECTROLUX
Kini,
kita tidak lagi memerlukan air sepenuhnya untuk mencuci pinggan dan mangkuk.
Dengan produk berteknologi yang kecil ini, kita mampu mencuci sebersih-bersihnya
sehingga ke bahagian yang tidak dapat dicapai oleh air mahupun span pencuci
biasa. Pembersihan tanpa air ini menggunakan gelombang mikro magnet untuk
mencuci iaitu dengan cara memanaskan molekul-molekul untuk membersihkan
sisa-sisa makanan yang melekat pada pinggan dan mangkuk. Kepalanya yang boleh
berputar dengan bulu-bulu halus yang fleksibel membolehkan sisa-sisa ini sahaja
yang ditanggalkan. Maka, kerja-kerja pembersihan di rumah kini menjadi semakin
mudah.
SLING SHOT CAMERA
Produk ini merupakan
satu kamera tersembunyi yang tidak dijangka. Ia mampu menghasilkan kejutan
kepada anda sehinggakan anda tidak dapat menyembunyikan setiap saat dari reaksi
raut wajah anda yang comel. Kamera ini berfungsi seperti lastik. Hanya dapatkansasaran,
dan lastik dengan cara mudah anda akan dapat gambar-gambar yang menarik dan
menyeronokkan. Ia ringkas dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan skrin
yang memudahkan anda melihat imej yang dikehendaki serta peranti USB yang
membolehkan anda memindahkan gambar kepada komputer anda pada bila-bila masa
sahaja. Ini ternyata merupakan produk inovasi yang sangat menarik.
PEMANAS DAN PENYEJUK MAKANAN MUDAH ALIH:
ELECTROLUX RIBBON
Ini merupakan satu lagi produk teknologi
yang canggih. Ribbon ini digunakan dengan cara membalutnya ke sekeliling bekas
makanan anda sama ada untuk dipanaskan mahupun disejukkan tanpa memerlukan
ketuhar gelombang mikro mahupun peti sejuk. Alat ini dilengkapi dengan dua
permukaan yang berbeza dengan fungsi yang berbeza iaitu pemanasan dan
penyejukkan. Alat ini juga mampu mengekalkan bentuknya yang fleksibel dengan
cengkaman seperti getah yang membolehkan pengguna menggunakannya untuk membalut
apa-apa sahaja jenis bekas makanan mahupun botol minuman. Gadjet dua-muka ini
mempunyai beberapa dozen bateri kecil dari kuasa termo-elektrik di kedua-dua
bahagiannya untuk proses menyejuk dan memanas. Elemen tembaga yang terdapat di
dalamnya dapat memaksimumkan lagi kecekapan tenaga alat ini. Ia boleh
dipecahkan kepada empat bahagian serta dicantumkan semula secara sebelah
menyebelah membentuk plat segi empat yang mempunyai fungsi yang sama. Ia juga
mempunyai magnet untuk mengelakkan balutan kepada periuk mahupun kuali yang
lebih besar terlepas darinya. Ia boleh dicaj semula pada bila-bila masa sahaja
dengan menggunakan pengecas termo-elektriknya.
No comments:
Post a Comment